Ramai juga yang datang ke klinik mengadu mengadu sakit di tapak kaki. Ada yang hanya sebelah kaki dan ada yang sakit di kedua-dua belah kaki.
Kebanyakkan menceritakan pengalaman yang sama. Sakit paling kuat selepas bangun tidur pada waktu pagi, bila pertama kali pijak ke lantai. Sakit akan semakin berkurang bila sudah bergerak banyak.
Sakit di tapak kaki biasanya disebabkan oleh plantar fasciitis. Ia adalah radang (inflammation) yang terjadi pada plantar fascia (rujuk gambar) di tapak kaki yang fungsinya adalah untuk menstabilkan struktur tulang kaki (foot arch)
Masalah ini boleh jadi kepada sesiapa saja tidak kira masa. Tapi ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan ia lebih senang terjadi, antaranya:
– berat badan berlebihan
– pakai kasut yang tidak mempunyai support yang bagus untuk kaki
– melakukan aktiviti fizikal yang ‘high impact’ kepada kaki seperti berlari dan melompat
– high arch foot
Apa cara rawatan/pencegahan?
Macam-macam boleh dilakukan terlebih dahulu..
Pakai kasut yang bersesuai dengan aktiviti yang kita lakukan. Pastikan ia selesa dipakai dan betul-betul support struktur kaki kita terutamanya di bahagian foot arch.
Lakukan renggangan (streching) seperti gambar yang saya kongsikan. Supaya tendon dan ligament sokongan di kaki lebih elastik. Perlu dilakukan kerap dan konsisten untuk mendapat kesan yang positif.
Boleh cuba tuam tempat yang sakit dengan sesuatu yang sejuk. Pijak botol berisi air sejuk atau ais.
Jika ada masalah berat badan berlebihan, usaha untuk kurangkan berat badan dengan teknik yang betul agar berat badan kurang dan dalam masa yang sama tapak kaki tidak bertambah sakit.
Sekiranya keadaan berlarutan boleh jumpa doktor untuk pemeriksaan. Ubat tahan sakit dan kurangkan radang boleh diberikan untuk memudahkan pesakit melakukan aktiviti harian. Sekiranya perlu, kes boleh dirujuk kepada doktor pakar orthopaedic untuk rawataan lanjut.